Monday, August 3, 2009

Senyuman……
"Satu pemandangan indah yang mendamaikan jiwa apatah lagi senyuman yang dilemparkan itu ikhlas dari hati yang tulus"

KELETIHAN….membuatkan kita terlupa akan satu perkara yang penting selain menambah amal ibadat kita, iaitu senyum.

Bagaimana hendak senyum apabila sudah letih lesu? Sama-sama kita kongsi tau……
Kawan-kawan….sekiranya kita menyedari hakikat senyum ini pastinya kita akan lebih menghargai dan mudah memberikan senyuman kepada insan-insan di sekeliling kita dengan rela dan tanpa paksaan.

Kelebihan senyum
a) Senyuman pengikat kasih sayang.
Orang yang mengukir senyuman mampu mengikat kasih orang yang disayangi mahupun insan disekelilingnya. Senyuman juga mampu memancarkan segala kebaikan dalam diri yang tak mungkin dirasai seseorang dalam tempoh yang singkat.
Sinaran kebaikan, persahabatan, kejujuran, rasa hormat, kesabaran dan kawalan diri yang tinggi mampu terpancar dengan hanya satu senyuman yang ringkas dan mudah.

b) Senyuman juga berjangkit.
Senyuman yang dilemparkan kepada seseorang biasanya akan dibalas dengan senyuman juga walaupun apa jua keadaan orang yang dilemparkan senyuman ketika itu samada sedih ataupun gelisah. Itulah KUASA senyuman yang begitu ajaib.
Seseorang itu pastinya akan merasa serba salah sekiranya dia tidak membalas senyuman…
Oleh itu,cubalah memulakan memberikan senyuman kepada semua orang dengan harapan virus senyuman ini akan merebak dengan meluas ke semua manusia dan seterusnya melahirkan suasana yang gembira dan menyeronokkan.

Jadi, bagaimana caranya untuk mudah tersenyum?
Senyuman akan terjadi apabila kita memaksa diri untuk tersenyum. Latihan boleh dilakukan apabila kita bersendirian di bilik atau sebagainya. Jika hati sedang gelisah ataupun bersedih, cuba senyum seketika dan bayangkan keseronokan yang kita alami dengan insan tersayang, insyallah mood gembira akan terus meresap dalam diri ketika itu juga.
Walaupun mungkin kegembiraan atau keceriaan tidak wujud dalam diri kita, tetapi apabila kita cuba juga bertindak bagi mewujudkan keceriaan itu, lambat laun ia terbentuk juga. Dari situlah akhirnya perasaan ceria itu membantu kita sentiasa mengukir senyuman yang cukup manis dan segar.
Selain itu, senyuman juga mudah terpancar apabila hati kita bersih dan tunduk pada Yang Maha Kuasa, Allah SWT. Dengan mengingati Allah, hati akan lebih damai dan bahagia.

Ingin mengubat hati yang mungkin ketika ini berada dalam kesedihan, terluka ataupun kecewa?
Inilah ubatnya.
-Solat Malam ( tahajjud )
-Sentiasa berzikir membersihkan hati,
-Membaca Al-Quran dengan maksudnya
-Perbanyakkan berpuasa sunat termasuklah wajib dan bergaul dengan orang Soleh ( orang yang baik dan beriman ).

Barangsiapa yang dapat melakukan salah satu daripadanya insyallah hati akan lebih terubat dengan baiknya seterusnya dapat memberikan senyuman yang manis dan ikhlas untuk membahagiakan insan di sekeliling kita.

Friday, July 24, 2009

pengalaman yang tak dpat sy lupakan...

Apabila dipanggil "Cikgu" buat kali pertama....hanya Allah swt yang tau. Insyaallah akan ku cuba yang terbaik utk anak2 bangsaku :-)

Comel tak anak buah sye....